Wilayah Tōhoku (東北地方, Tōhoku-chihō) adalah sebuah kawasan yang terletak di bahagian timur laut
Pulau Honshu,
pulau terbesar di Jepun. Kawasan ini juga dikenal sebagai
Michinoku (みちのく).Kawasan ini terdiri dari enam
wilayah:
Akita,
Aomori,
Fukushima,
Iwate,
Miyagi dan
Wilayah Yamagata.Sebagai daerah kekuasaan terakhir
Suku Ainu di Honshu dan sebagai tempat terjadinya banyak
peperangan, Wilayah Tohoku mempertahankan reputasinya sebagai wilayah yang paling belakang, dengan menawarkan pemandangan yang indah namun dengan
iklim yang melampau.Tōhoku, seperti kebanyakan kawasan di Jepun, mempunyai banyak bukit dan pergunungan, dengan
Pergunungan Ou yang membentang dari utara ke selatan. Walaupun industri
besi,
baja,
simen,
kimia,
kertas, dan
minyak mentah baru bermula pada tahun
1960-an, Tōhoku sudah dikenali sejak lama sebagai 'gudang pertanian' Jepun, kerana wilayah ini membekal
Sendai dan
Tokyo-
Yokohama dengan
beras dan lain-lain keperluan
pertanian. Tōhoku merupakan pengeluar 20 peratus dari penghasilan beras negara. Namun begitu, iklim yang melampau hanya membolehkan petani di wilayah ini untuk menuai sekali dalam setahun.
Pelancongan merupakan
industri utama di Kawasan Tōhoku. Antara tempat-tempat tarikan pelancong: